Hari Rabu yang lepas rombongan 'Team Research Management Institute (RMI)' yang dulu dikenali dengan IRDC berkunjung ke Kampus Johor. Berkongsi maklumat tentang geran penyelidikan, dana dan sebagainya, ternyata mereka-mereka ini orang yang sangat berpengalaman dalam membuat dan menguruskan projek penyelidikan.
Yang menarik, sejak dari Kursus di Mutiara Taman Negara lagi, loghat/bunyi bahasa seorang dari ketua unit di RMI memang ada bunyi loghat Pahang. Selain dari suaranya yang agak unik, sedap didengar, pada telinga saya bunyi macam orang Pahang. Tak pernah berani nak bertanya, sehinggalah pada hari Rabu lepas, saya berkesempatan berbual dengan beliau dan telahan saya betul! Yang lebih menarik beliau tinggal di Temerloh, tempat saya bersekolah dahulu...
'dok sangke orang sama tempat sekoloh ngan koi rupanyer...'
Memang seronok jumpa orang senegeri, walaupun tak sedaerah (saya berasal dari Raub tetapi bersekolah di Temerloh).
Tapi yang pasti suara Dr. memang unik!
Thursday, August 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
Dear cik nurzea,
kekadang kita sebagai manusia terlepas pandang bahawa orang disekeliling kita sentiasa memerhatikan gerak geri kita...baik/ buruk itu cerminan mereka.....teman pun tak perasan rupa teman nie...same kampung dengan Wahid Senario...hehehe.
peace :)) hati berkata cermin kita adalah orang lain yang melihat kita .
kadang2 jugak kita rasa org tak kenal kita...
nak sambung ayat cik maz,
kadang2 judak kita rasa orang tak kenal kita....
tapi,
sebenarnya orang yang kita rasa tak kenal kita, kenal kita sebenarnya....
hehe...tak begitu drhacker??
Post a Comment