Baru tadi suami saya menelefon dari tanah suci. Kemudian saya ke komputer untuk mencari bahan kuliah esok. Menyahut cabaran azam tahun baru untuk membaca lebih banyak dan menjadi orang yang lebih efektif, saya mulakan dengan ziarah blog-blog yang saya gemar. Antaranya blog pengarah johor, blog kak shima, blog uncle adib (berisman) dan blog dr maza. Tapi hari ini saya ke blog baru - SIFU Pts.
Ikhlas saya katakan saya tak pandai dalam penulisan kreatif tapi bila membaca blog-blog tadi terutamanya blog SIFU Pts, blog uncle adib dan blog Prof Kamil, saya terfikir sesuatu...
nak kata saya sibuk hinggakan tak sempat nak buat aktiviti lain, mereka ini sudah tentu lagi sibuk, lebih besar tanggungjawabnya tapi masih mampu membaca, menulis...saya?
Hmmm...tepuk dada tanya selera...
Sunday, January 06, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
Salam sejahtera,
Kemudahan teknologi, saya tahu ada orang menyebut-nyebut nama saya. Salam perkenalan.
Pada pandangan saya: Menulis memerlukan sedikit disiplin dan lebih kepada keinginan dan minat.
Tulis sikit-sikit, lama-lama banyak juga.
Selamat maju jaya.
Muhd Kamil Ibrahim
Terima kasih Prof., atas nasihat yang diberi. Setakat ni, penulisan akademik tu adalah sikit-sikit, insya allah berdikir-dikit, lama-lama jadi bukit.
Post a Comment