Salam,
Ternyata kesibukan sering dijadikan alasan. Ermm.....yang pasti kita sering mencari alasan untuk mententeramkan hati kita sendiri. Tak payah mencari siapa, yang pasti saya sendiri sering mencari alasan.
Blog ini saya 'create' setahun lepas. Sebelum saya ditugaskan di Segamat. Kemudian bermula tugas di Segamat. Jauh dari keluarga (walaupun cuma 2 jam setengah perjalanan). Belajar hidup berdikari (betul-betul berdikari). Jika di Brighton dulu, dengan suami, di sini saya mulakan sendiri. Mujur ibu saya sanggup menemankan kami tiga beranak unutk sebulan yang pertama sementara menunggu suami pulang dari UK. Sukar, sungguh. Tapi itulah pengalaman. Alhamdulillah orang di sini baik semuanya. Kawan-kawan di jabatan sangat membantu. Kepada Kak In dan Kak Ana, terima kasih.
Selepas alasan pindah, sebulan pertama sementara alasan internet dan komputer. Kemudian alasan kelas, banyak. Nak membaca tak cukup masa...BLOG...apatah lagi..
Manusia memang kaya dengan alasan.
Semalam, seorang rakan di Shah Alam bertanya, kenapa photoblog saya terbiar lama...sepi...
Yang nyata kesibukan yang dijadikan alasan, bukan lagi alasan...ia memakan diri....
Azam baru sempena bulan Zulhijjah ni....Saya rasa saya perlu lebih efektif! Sibuk itu cuma perkataan yang kita beri maknanya. Dan lebih baik saya rasa kita beri makna yang lebih baik....sibuk, tapi kerana sibuk saya berjaya ...makna yang lebih Allah suka!
Nurzeatul@Segamat
Monday, December 17, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
irfan kahiry-if u wanna get things done, give it to the busy people...nice blog!
Post a Comment